Monday 21 November 2011

Mengenai Malaysia 1

MENGENAI MALAYSIA

  
  • Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang Terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegis (127,350 batu).
  • Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur)Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.
  • Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.                                                  
                  
FAKTA RINGKAS MENGENAI MALAYSIA
    • Persekutuan Malaysia terdiri dari Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo.
    • Terletak antara 2º dan 7º ke utara Garisan Khatulistiwa, Semenanjung Malaysia dipisahkan dari negeri Sabah dan Sarawak oleh Laut China Selatan. Di utara Semenanjung Malaysia ialah Thailand dan di Selatan, ialah negara jiran Singapura. Sabah dan Sarawak terletak di utara Indonesia di Borneo dan Sarawak turut berkongsi sempadan dengan Brunei
    • Kaum Melayu ialah 57% populasi sementara kaum China, India, bumiputra dan lainnya merangkumi rakyat Malaysia
    • Malaysia mempunyai pelbagai kemudahan penginapan dengan harga yang berpatutan. Taraf lima bintang, sederhana, hotel bajet, hostel pemuda, chalet pantai dan pangsapuri adalah antara 
kemudahan penginapan yang tersedia
    • Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, tetapi Bahasa Inggeris juga luas digunakan. Kumpulan etnik pribumi turut menggunakan bahasa dan dialek masing-masing.   
    • Malaysia ditadbir sebagai negara demokrasi berparlimen dengan sistem legislatif bicameral. Ketua negara adalah Yang Di-Pertuan Agong, jawatan yang ditukar setiap lima tahun di antara negeri-negeri Raja Melayu. Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri
    • Unit matawang negara adalah Ringgit Malaysia ditulis sebagai RM. Nilainya kira-kira USD1 = RM3.15. Mata wang asing boleh ditukar di bank dan pengurup wang.
    • Cuaca tropika sepanjang musim. Suhu di kawasan rendah adalah sekitar 21ºC (70ºF) ke 32ºC (90ºF). Kawasan tinggi adalah lebih sejuk dengan suhu antara 15°C (59° F) ke 25°C (77°F). Purata hujan tahunan adalah 2,000mm ke 2,500mm.







No comments:

Post a Comment