Monday 21 November 2011

Mengenai Malaysia 2

MENGENAI MALAYSIA - 2


Malaysia pernah dikenali dengan nama Tanah Melayu dan juga  Malaya, I-Tsing, Malaiur, Maliyur, Malayo di kalangan negara China, India dan Barat

Kedudukan Perdana Menteri Malaysia dikatakan mengambil sempena nama RAHMAN iaitu nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Turutannya adalahRahman, Abdul Razak, Hussein Onn, Mahathir, Abdullah dan Najib dan ternyata Teori RAHMAN ini berlaku.

Pengisytiharan kemerdekaan Malaysia ialah pada 20hb Feb, 1956 oleh Tunku Abdul Rahman di Bandar Hilir, Melaka namun kita telah memilih 31hb Ogos, 1957 sebagai hari kemerdekaan untuk Malaysia menerusi gabungan negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Singapura.

Bendera Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 16hb September, 1963. Ianya direka oleh En. Mohamad Bin Hamzah dari Johor Bahru. Beberapa pengubahsuaian telah dibuat dan akhirnya disahkan oleh King George VI pada 19 Mei  1950.

Pokok getah bukanlah pokok semulajadi yang tumbuh di Malaysia. Ianya telah dibawa ke negara ini oleh H.N. Ridley dari London’s Kew Gardens pada tahun 1877.
Rakyat Malaysia bertutur dalam sejumlah 137 bahasa hidup, yang mana 41 daripadanya dipertuturkan di Semenanjung Malaysia.

Wayang pertama yang ditayangkan di Malaysia ialah filem Laila Majnu pada tahun 1933 yang diterbitkan oleh Motilal Chemical Company, Singapura.
Malaysia adalah negara ke-24 paling selamat untuk dikunjungi dan tempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan.

Penang Free Shool yang dibuka pada tahun 1816 merupakan sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara. Pengasasnya ialah Paderi Sparke Hutchings.

Landasan keretapi pertama ialah diantara Kuala Sepetang ke Taiping yang dibina pada tahun  1885 manakala lapangan terbang yang pertama pula ialah Lapangan Terbang Sungai Besi yang dibina pada tahun 1930.

“Tun” merupakan anugerah gelaran tertinggi di Malaysia dan hanya boleh dikurniakan oleh Yang Dipertuan Agong Sahaja. Gelaran ini juga dihadkan kepada 25 orang penerima sahaja.

Tanjung Piai yang terletak di Pontian, Johor merupakan penghujung bagi benua Asia Tenggara

Datuk Seri Najib Razak merupakan ahli kabinet paling muda apabila ditawarkan sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telemunikasi dan Pos pada tahun 1978. Usia beliau pada ketika itu ialah 25 tahun.





Mengenai Malaysia 1

MENGENAI MALAYSIA

  
  • Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang Terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegis (127,350 batu).
  • Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur)Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.
  • Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.                                                  
                  
FAKTA RINGKAS MENGENAI MALAYSIA
    • Persekutuan Malaysia terdiri dari Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo.
    • Terletak antara 2º dan 7º ke utara Garisan Khatulistiwa, Semenanjung Malaysia dipisahkan dari negeri Sabah dan Sarawak oleh Laut China Selatan. Di utara Semenanjung Malaysia ialah Thailand dan di Selatan, ialah negara jiran Singapura. Sabah dan Sarawak terletak di utara Indonesia di Borneo dan Sarawak turut berkongsi sempadan dengan Brunei
    • Kaum Melayu ialah 57% populasi sementara kaum China, India, bumiputra dan lainnya merangkumi rakyat Malaysia
    • Malaysia mempunyai pelbagai kemudahan penginapan dengan harga yang berpatutan. Taraf lima bintang, sederhana, hotel bajet, hostel pemuda, chalet pantai dan pangsapuri adalah antara 
kemudahan penginapan yang tersedia
    • Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, tetapi Bahasa Inggeris juga luas digunakan. Kumpulan etnik pribumi turut menggunakan bahasa dan dialek masing-masing.   
    • Malaysia ditadbir sebagai negara demokrasi berparlimen dengan sistem legislatif bicameral. Ketua negara adalah Yang Di-Pertuan Agong, jawatan yang ditukar setiap lima tahun di antara negeri-negeri Raja Melayu. Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri
    • Unit matawang negara adalah Ringgit Malaysia ditulis sebagai RM. Nilainya kira-kira USD1 = RM3.15. Mata wang asing boleh ditukar di bank dan pengurup wang.
    • Cuaca tropika sepanjang musim. Suhu di kawasan rendah adalah sekitar 21ºC (70ºF) ke 32ºC (90ºF). Kawasan tinggi adalah lebih sejuk dengan suhu antara 15°C (59° F) ke 25°C (77°F). Purata hujan tahunan adalah 2,000mm ke 2,500mm.